15 Ogos 2022, Cyberjaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengumumkan senarai pemenang bagi MYHackathon 2022 Kohort Pertama di RekaScape, Cyberjaya.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, menyaksikan kesemua pemenang MYHackathon 2022 ini bakal menerima geran permulaan bernilai sehingga RM250,000.00 dan bimbingan secara one-to-one untuk melaksanakan pembangunan projek rintis selama 12 bulan.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba menjelaskan jumlah penyertaan yang diterima pada kohort pertama MyHackathon 2020 ini adalah sangat memberangsangkan di mana Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) berjaya menghimpunkan 433 penyertaan daripada pelbagai latar belakang kepakaran antaranya dalam rekaan produk, perisian dan juga kecerdasan buatan. Selain itu, MyHackathon 2022 juga turut menerima penyertaan daripada negeri-negeri di luar Lembah Klang termasuklah Sabah dan Sarawak.
Dengan tema ‘Hackathon Nasional Untuk Malaysia Yang Inklusif’, program yang telah dilancarkan pada 27 Julai 2022 ini telah melabuhkan tirainya bagi kohort pertama setelah dua (2) minggu menjalani kem intensif dan sesi pementoran sebagai persediaan untuk acara akhir hari ini.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang MYHackathon 2022 Kohort Pertama
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝟷: 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁
Pemenang: Duckarts Studio
Nama Projek: -$LICA
Ringkasan Projek: LICA (Logisitic Interface Computive Automation), sebuah aplikasi pengumpulan data dan pemantauan sumber dan logistik dalam bentuk rantaian bekalan. Aplikasi LICA mampu menjana pemantauan data secara langsung (real time).
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝟸: 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻
Pemenang: Kapitani Sdn Bhd
Nama Projek: Kapitani
Ringkasan Projek: Kapitani Analytics Platform (KAP) menyasarkan untuk menjadi satu superapp yang menyelesaikan masalah keperluan pemegang taruh dalam industri agrikultur seperti petani kecil, penternak, pemain akuakultur, pembuat dasar.
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝟹: 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝘄𝗶𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗲𝗳𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳
Pemenang: THE BADANGS
Nama Projek: ExoRobo-Badang
Ringkasan Projek: Penggunaan eksoskeleton untuk membantu proses mengait buah sawit.
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝟺: 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗼𝗯𝗼𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝙚𝙖𝙧𝙡𝙮 𝙧𝙚𝙘𝙤𝙣𝙣𝙖𝙞𝙨𝙨𝙖𝙣𝙘𝙚 𝙎𝙚𝙖𝙧𝙘𝙝 & 𝙍𝙚𝙨𝙘𝙪𝙚 (𝙎𝘼𝙍) 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗺𝗯𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Pemenang: A2TECH SDN BHD
Nama Projek: ARTEMIS
Ringkasan Projek: Komponen utama ARTEMIS yang berdasarkan keperluan SNR:
– Dalam situasi ketiadaan sumber cahaya dan setiap permukaan diselaputi debu yang mengehadkan penglihatan untuk SNR dan menghalang keupayaan untuk mengecam mangsa, perancangan potensi risiko, pemetaan, sensor dan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) diperlukan
– SNR akan memerlukan abah-abah keselamatan akan digantikan dengan dengan penambatan komunikasi yang cukup stabil untuk bertindak sebagai tali keselamatan
– Robot SNR dibangunkan dengan bahan kalis air untuk mengelekkan kontaminasi dan beroperasi didalam air dan hujan
– Pengoperasi boleh menerima arahan secara langsung dari unit kawalan dan juga menyimpan rekod dan kapabiliti video ulang tayang
– SNR berkemampuan untuk bekerja dibawah kondisi dan ruang yang terhad tanpa menganggu persekitaran
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝟻: 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗿𝗼𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗻𝗷𝗮𝘂𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘀𝗲𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮
Pemenang: FlyBots Technology
Nama Projek: Drone Detection System (DDS)
Ringkasan Projek: Solusi DDS dapat mengesan drone yang menggunakan Kamera Berteknologi Tinggi (dengan pengimejan haba) dan sensor LiDAR. DDS A.I (Kecerdasan Buatan) & Sistem Kawalan akan memproses sumber sensor. DDS akan memberi notifikasi and tindakan akan diambil sebaik sahaja sistem mengesan penceroboh.