9 Oktober 2024, Rusia – 3rd JC-ESTC 2024: Pada 9 Oktober 2024 telah berlangsung Mesyuarat Tertutup antara YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan HE Valery Falkov, Minister of Science, and Higher Education of the Russian Federation di St. Petersburg Mining University.
YBrs. Puan Ruziah Hj Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI yang turut sama dalam mesyuarat tersebut menekankan kerjasama yang telah lama terjalin antara MOSTI dan Persekutuan Rusia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).
Beliau menekankan kepentingan untuk mengukuhkan lagi perkongsian ini melalui pemeteraian dan pertukaran MoU semasa 3rd Joint Malaysia – Russia Commission for Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation (JC-ESTC) 2024 yang diadakan dari 9–10 Oktober 2024. Perjanjian ini termasuk:
(a) Kerjasama mengenai bioteknologi antara Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) dan Federal Research Center, Kazan Scientific Center of the Russian Academy of Sciences; dan
(b) Perkongsian pengetahuan dalam 𝘧𝘰𝘳𝘦𝘴𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘴𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘢𝘯𝘢𝘭𝘺𝘴𝘪𝘴 𝘮𝘦𝘵𝘩𝘰𝘥𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘦𝘴 antara Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) and the Higher School of Economics, Moscow.
Perbincangan juga menyerlahkan potensi kerjasama dalam bidang seperti pemantauan digital, pembudayaan sains, hidrogen dan tenaga, menjangkau bukan sahaja penyelidikan dan pembangunan tetapi juga inovasi dan pengkomersilan.