23 Oktober 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI hari ni menandatangani Opsyen Baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Tawaran pemilihan opsyen SSPA terbuka kepada semua pegawai awam bertaraf tetap bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024.
Bersama tingkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam selaras aspirasi #MalaysiaMADANI.