Skip to main content
News

Penutupan Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ)

By 2021-10-01#!31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800p0831#31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 04pm31pm-31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800p5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +08000850810pmMonday=321#!31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#October 4th, 2021#!31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800p0831#/31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 04 Oct 2021 17:08:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#No Comments
1 Oktober 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ) menutup operasinya hari ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba memberi suntikan kepada penerima terakhir di PPV SNBJ sebelum Penutupan Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam majlis ringkas yang diadakan malam ini, YB Dato’ Sri Dr. Adham merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua barisan petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran pemberian vaksin setiap hari seterusnya menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
PPV Stadium Negara Bukit Jalil mula beroperasi pada 21 Jun 2021 yang lepas dengan kapasiti maksimum suntikan vaksinasi sehingga 10,000 orang setiap hari. PPV SNBJ telah memberikan lebih daripada 730,000 dos vaksin dan antara yang memberi sumbangan penting kepada kadar vaksinasi negara yang kini telah mencatatkan lebih 85% populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi.
Sekali lagi syabas, tahniah dan terima kasih buat semua.