Skip to main content
News

Penyampaian Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2024 sempena NICE 2025

06 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2024, yang mengiktiraf syarikat dan penyelidik tempatan atas kejayaan mengkomersialkan hasil penyelidikan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited memperkukuh ekosistem pengkomersialan negara melalui pengiktirafan ini, yang menjadi simbol penghargaan terhadap usaha gigih para penyelidik dan inovator Malaysia dalam menjadikan hasil R&D bernilai komersial serta berimpak tinggi.
Setiap johan bagi lima kategori utama menerima RM130,000, manakala pemenang keseluruhan membawa pulang RM100,000.
Berikut penerima Anugerah MCY 2024:
πŸ… Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan – Universiti Putra Malaysia (UPM)
πŸ’‘ Remdii Ultrasensitive Daily Advance Intensive Barrier Repair Cream, krim pelembap semula jadi berasaskan vitamin E daripada ekstrak kelapa sawit untuk rawatan kulit dan ekzema.
πŸ… Anugerah Inovator Baharu – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
πŸ’‘ SawitEco Treat, sistem rawatan efluen kilang minyak sawit (POME) yang modular, mesra alam dan kos efektif.
πŸ… Anugerah Pencapaian Pengkomersialan – Adastream Sdn. Bhd.
πŸ’‘ Sonic Stream Cleaning, teknologi pembersihan industri menggunakan gelombang ultrasonik dan larutan kimia khas bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan.
πŸ… Anugerah Usahawan Penyelidik – Myracle Sdn. Bhd.
πŸ’‘ Postbion Postbiotic Liquid, produk pasca-biotik hasil penapaian bakteria asid laktik tempatan untuk kesihatan usus dan mengatasi isu rintangan antimikrob (AMR).
πŸ… Anugerah Usahawan Sosial – MyB Innovation Sdn. Bhd.
πŸ’‘ MyB Prosthetic Limb, kaki palsu dengan pergerakan pada buku lali yang memberi keselesaan dan kebebasan pergerakan kepada pengguna.
πŸ† Anugerah Keseluruhan MCY 2024 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Remdii Ultrasensitive Daily Advance Intensive Barrier Repair Cream.
Tahniah kepada semua penerima atas kejayaan dan sumbangan dalam memperkasa ekosistem inovasi negara! πŸ‘πŸ‡²πŸ‡Ύ
Skip to content