Skip to main content
News

Penyampaian Anugerah MySTI Sempena NICE2025

06 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Program MySTI merupakan inisiatif kerajaan bagi mengangkat hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang telah dilaksanakan secara rintis selama dua tahun (26 Jun 2023 – 25 Mei 2025) melibatkan 12 kementerian.

Sempena NICE2025, tiga kementerian terbaik telah diiktiraf menerima Anugerah MySTI dengan nilai perolehan tertinggi bagi barangan dan perkhidmatan MySTI sepanjang tempoh pelaksanaan rintis.
πŸ… Tempat Pertama dimenangi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), diwakili oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan).
πŸ₯ˆ Tempat Kedua dimenangi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha.
πŸ₯‰ Tempat Ketiga dimenangi oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), diwakili oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).
Syabas dan tahniah kepada semua kementerian terutama MOSTI yang telah menerima pengiktirafan Anugerah MySTI! πŸ‘
Skip to content