Skip to main content
News

Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Panel Konsortium Majlis Pakar (Expert Council Consortia – ECC) Bagi Program Pembangunan Dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara

20 Disember 2022, Putrajaya – Hari ini telah diadakan Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Panel Konsortium Majlis Pakar (Expert Council Consortia – ECC) Bagi Program Pembangunan Dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara.

 

Untuk rekod, Pelan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan penaiktarafan Institut Genom Malaysia (MGI) kepada Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI-NIBM) di bawah National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) telah dilancarkan pada 1 November 2021. Pelancaran ini merupakan titik penting kepada negara dengan satu aspirasi untuk Malaysia mencapai kecukupan kendiri dalam R&D dan pembuatan vaksin manusia tempatan dalam tempoh 10 tahun.
Selaras dengan PPVN, NIBM, agensi di bawah MOSTI telah mengaktifkan empat (4) Expert Council Consortia (ECC) bagi program pembangunan dan pengukuhan penghasilan vaksin negara yang terdiri daripada:
i. Penemuan Vaksin (Vaccine Discovery)
ii. Kajian Pra-Klinikal (Pre-clinical Study)
iii. Kajian Klinikal (Clinical Trials)
iv. Proses Pembangunan & Ekosistem Vaksin (Vaccine Process Development & Ecosystem).
Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBhg. Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumbangan dan kerjasama berpasukan dari semua termasuk dari kalangan ahli panel ECC, MOSTI, KKM dan kementerian-kementerian lain amat diperlukan bagi menjayakan hasrat negara untuk menjadi salah satu negara pengeluar vaksin manusia.
Terlebih dahulu telah berlangsung Mesyuarat Kumpulan Kerja Sektoral Vaksin Malaysia atau Malaysia Vaccine Sectoral Working Group (MVSWG) Bilangan 2, Tahun 2022 di Bilik Gerakan, MOSTI.
320550271 1299613847546831 4901024744409926114 n           320271927 1314512219345992 1734962354253032901 n
Skip to content