Skip to main content
News

Perasmian Program Hari Istimewa Sains (HIS) 2026

12 Mei 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah hadir menyempurnakan Program Hari Istimewa Sains 2026 di Pusat Sains Negara hari ini. Turut hadir YBhg Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembudayaan dan Perancangan) MOSTI.
Program tahunan ini adalah bertujuan menggalakkan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui pendekatan yang lebih santai dan menyeronokkan di samping menyediakan ruang untuk bersosial serta menyantuni masyarakat di Pusat Sains Negara (PSN).
Seiring dengan aspirasi Minggu Sains Negara (MSN) 2026 yang menyasarkan 1.15 juta penyertaan serta menekankan pembelajaran secara hands-on (experiential learning) melalui eksplorasi deria bagi memastikan semua lapisan masyarakat termasuk golongan OKU dan mendapat pendedahan STEM yang saksama.
Program HIS ini akan berlangsung sehingga hari esok dan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif terutamanya dalam bidang STI. Para pengunjung dijemput hadir bagi menerokai pelbagai pameran eksperimental, bengkel kreatif dan demonstrasi sains yang telah dirancang di setiap aras Pusat Sains Negara.
Skip to content