Skip to main content
News

Perasmian Pusat DNA Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah

By 2014-09-11#!31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800p4131#31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800p3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +08000030012pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800p4131#/31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 15:00:41 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

UKK_2340

KOTA KINABALU, 11 September, 2014 – Jabatan Kimia Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) pada hari ini telah melancarkan pembukaan Pusat DNA Forensik yang ke 5 di Kota Kinabalu, Sabah. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pusat DNA Forensik ini merupakan yang ke-5 telah berjaya ditubuhkan selepas Pusat DNA Forensik di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Ibu Pejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut YB Datuk Dr Ewon Ebin makmal DNA forensik di Jabatan Kimia Cawangan Kota Kinabalu ini diperlukan bagi menangani kes-kes di Negeri Sabah agar dapat mengurangkan beban pihak penguatkuasa yang sebelum ini perlu membelanjakan wang yang banyak dan mengorbankan masa yang agak panjang untuk menghantar barang kes analisis DNA Forensik ke Pusat DNA Forensik JKM, Cawangan Kuching, Sarawak.

Mengikut rekod Jabatan, bilangan kes/sampel DNA Forensik dari Sabah dihantar ke Pusat DNA Forensik JKM Cawangan Kuching dari tahun 2002 hingga 2013 telah meningkat dengan kadar purata 15 % setahun. Pada tahun 2013, Pusat DNA Forensik JKM Cawangan Kuching telah menerima sejumlah 230 kes dengan jumlah sampel DNA sebanyak 1,612 dari Negeri Sabah.

Di majlis yang sama, YB Datuk Ewon Ebin juga telah melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M Jabatan Kimia Malaysia yang merupakan aplikasi pendaftaran secara atas talian yang dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan di kaunter-kaunter pendaftaran kes dan mempercepatkan proses penerimaan barang kes. Aplikasi Pra Pendaftaran SP1M merupakan satu lagi usaha inovatif Jabatan Kimia Malaysia untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan mendapatkan perkhidmatan Jabatan ini.

Turut hadir pada majlis ini ialah YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Abu Bakar bin Hassan, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBrs En Ahmad Ridzuan, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs Puan Ong Jeok Chin, Pengarah Kimia Sabah dan wakil-wakil jabatan persekutuan dan negeri.