Skip to main content
News

Perasmian Ruang Daya Cipta (RDC) Sandakan, Sabah dan Sesi Penyerahan Produk Inovasi di bawah Geran Program Yayasan Inovasi Malaysia

29 Jun 2024, Sandakan – Perasmian Ruang Daya Cipta (RDC) Sandakan, Sabah dan Sesi Penyerahan Produk Inovasi di bawah Geran Program Yayasan Inovasi Malaysia telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di PPR Sg. Manila, Sandakan, Sabah.

Ruang Daya Cipta (RDC) adalah salah satu inisiatif MOSTI yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk memberi peluang kepada komuniti di Malaysia mendapatkan akses kepada peralatan Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI).
RDC bertujuan untuk memudahkan penggunaan peralatan seperti pencetak 3D, robotik, drone, dan lain-lain secara praktikal. RDC juga menyediakan Studio Digital, Makmal Reka Bentuk, dan Makmal Komputer untuk mencetuskan idea dan inovasi, serta menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.
Setakat ini, YIM telah membangunkan 16 RDC di seluruh Malaysia. RDC di Sandakan, Sabah mula beroperasi pada Februari 2023 dan merupakan lokasi pertama yang dibangunkan di negeri Sabah. RDC Sandakan dilengkapi dengan peralatan dan aplikasi teknologi Sains, Teknologi, Inovasi, dan Ekonomi (STIE) seperti komputer, mesin percetakan 3D, set studio digital dan lain-lain.
MOSTI percaya pelaksanaan RDC dapat mewujudkan kesan berganda dengan sains, teknologi, dan inovasi sebagai pemangkin ekonomi negara. Inisiatif ini juga membuka peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan, serta mengukuhkan ekonomi komuniti setempat.
Dengan komitmen tinggi daripada YIM dan kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti di sekitar RDC@PPR Sungai Manila, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, serta Majlis Perbandaran Sandakan, diharapkan RDC Sandakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Pada Majlis Sama turut diadakan Sesi Penyerahan Produk Inovasi di bawah Geran Program Yayasan Inovasi Malaysia, dengan harapan inisiatif ini akan menyemarakkan lagi budaya Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan masyarakat setempat.
Skip to content