Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI

By 2013-04-05#!28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800p0228#28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28 09pm28pm-28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx282021Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800122122pmTuesday=321#!28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#February 9th, 2021#!28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800p0228#/28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28#!28Tue, 09 Feb 2021 14:12:02 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#No Comments

84

PUTRAJAYA (5 APRIL 2013): Perhimpuanan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian pagi ini.


Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa diikuti bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Nizam bin Azis daripada Bahagian Sumber Manusia. Program diteruskan dengan sesi ceramah oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, merangkap Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional Malaysia bertajuk: “Jati diri Rakyat Malaysia”.

Sesi pengucapan awam telah disampaikan oleh Encik Syahrul Neezam Md Dom dari Unit Audit Dalam yang memperkatakan mengenai Fruit. Majlis diceriakan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang Kejohanan Futsal Peringkat MOSTI yang diadakan pada 30 Mac 2013 anjuran Kelab Kem Sains. Kejohanan ini mempertandingkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Bagi kategori lelaki, juara disandang oleh Kumpulan Lajen dari Seksyen Pejabat Yang Berhormat Timbalan Menteri, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Sila Selaraskan dari Bahagian Perancangan dan tempat ketiga oleh Kumpulan Gelecek United FC dari Bahagian Pentadbiran. Juara bagi kategori wanita ialah Kumpulan Chamelion dari Seksyen Perancangan, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Infinite dari Bahagian Kewangan manakala tempat ketiga oleh Kumpulan Industry Gegurl FC dari Bahagian Industri.

Perhimpunan bulanan kali ini lebih bermakna dengan sesi penyerahan sumbangan warga MOSTI ke dalam Tabung Perwira Negara yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sumbangan berjumlah RM 10,500.00 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Madinah binti Mohamad kepada Encik Ghazali bin Hizam, Timbalan Pengarah Operasi, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Perhimpunan turut meraikan warga MOSTI yang baru menimang cahaya mata, pegawai-pegawai baru serta pemakluman pegawai-pegawai yang telah bertukar tempat bertugas Majlis disudahi dengan sambutan Hari Lahir Warga MOSTI yang menyambutnya pada bulan April.

Turut hadir pada perhimpunan ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Encik Khairulazli bin Othman, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.