Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI

30 Mei 2025, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Mei) 2024 bersama YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI berlangsung pada hari ini di pekarangan lobi Blok C5, MOSTI, Kompleks C, Putrajaya.

Hadir sama YBhg.Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pembangunan dan Unit Audit Dalam MOSTI dengan bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ sempena Hari Pekerja yang disambut dalam Bulan Mei.
YBrs. Puan Ruziah dalam ucapannya berkata Hari Pekerja adalah simbol pengiktirafan terhadap nilai maruah kerja, kepentingan sumbangan setiap insan, dan peranan kritikal tenaga kerja dalam memacu ekonomi, kesejahteraan sosial, dan dalam konteks MOSTI, melonjakkan ekosistem sains, teknologi, dan inovasi negara. Ianya turut mengingatkan kita bahawa bekerja bukan hanya untuk mencari rezeki, tetapi juga sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
YBrs. Puan Ruziah juga menegaskan bahawa sebagai penjawat awam, khususnya di Kementerian ini, peranan dan tanggungjawab kita adalah amat besar. Kita adalah nadi penggerak dasar-dasar kerajaan, pelaksana program-program pembangunan, dan penyampai perkhidmatan utama kepada rakyat. Setiap individu di dalam perhimpunan ini, daripada peringkat tertinggi hinggalah ke barisan sokongan dan pelaksana, memegang amanah yang tidak terhingga terutama dalam Menerajui STIE dalam Menangani Isu dan Cabaran Negara untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Pembangunan Mampan.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali ini :
🤩 Makluman Kenaikan Pangkat
🤩 Makluman Pegawai Keluar Masuk
🤩 Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi bagi Bulan Mei.
Skip to content