Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI Terakhir Tahun 2025: MOSTI Raikan Kejayaan Gemilang

9 Disember 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menutup tirai tahun 2025 dengan penuh bermakna menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan Disember iaitu perhimpunan terakhir bagi tahun 2025 yang menghimpunkan seluruh warga MOSTI sebagai platform perjumpaan warga untuk menilai pencapaian tahunan serta menetapkan tekad baharu bagi memperkukuh peranan kementerian sebagai peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas dedikasi, komitmen dan semangat kerja berpasukan warga MOSTI sepanjang tahun dan telah menyumbang pelbagai kejayaan cemerlang.
Selain pencapaian cemerlang dalam pengurusan dan tadbir urus seperti penarafan HRMIS Lima Bintang (99.99%), Anugerah Ikon Hidup Aktif, kedudukan pertama penyertaan Cabaran Langkah Sihat selama dua tahun berturut-turut, dan penarafan Tandas Awam Lima Bintang, MOSTI turut memperkukuh impak melalui program strategik berimpak tinggi seperti Malaysia Techlympics 2025 (1.84 juta penyertaan, pengiktirafan Malaysia Book of Records), Program STI100 Kuasa 3, AI untuk Belia dan Masyarakat, Minggu Sains Negara, Nuclear Education Outreach, NICE 2025 (impak ekonomi >RM900 juta), pelancaran Garis Panduan Etika Bioteknologi Kebangsaan serta penubuhan MIMOS Quantum Intelligence Centre.
Di peringkat global, Malaysia terus diiktiraf melalui peningkatan ranking GII 2025, kedudukan 20 terbaik dunia dalam GSER 2025, pengiktirafan PHAM 2025 serta penyertaan tiga saintis muda ke Mesyuarat Nobel Laureate Lindau. Setakat 15 November 2025, pencapaian bagi Program Strategik MOSTI juga telah mencapai 89.51%.
Terdahulu, majlis turut menyaksikan perkongsian ilmu bersama YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur dan majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ruziah bt Shafei,Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. En Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), barisan pengurusan tertinggi serta warga MOSTI.
Skip to content