Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI

By 2013-05-10#!31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:003231#31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:002+08:003131+08:00x312020Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +08005925912pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:00+08:0012#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:003231#/31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:59:32 +0800+08:00+08:0012#No Comments

q

 

PUTRAJAYA (10 MEI 2013): Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) pagi ini.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa diikuti bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Nizam bin Azis daripada Bahagian Sumber Manusia. Program diteruskan dengan sesi motivasi pagi oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Mohd Hussin, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membawakan tajuk “Menyemarak Keseronokan Bekerja”. 

Perhimpunan diteruskan dengan sesi tayangan slide penyerahan Mentor-Mentee bagi program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam yang merupakan satu pendekatan untuk memberikan bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor bagi pembangunan diri menti. 

Teks ucapan YBhg. Dato’ Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian telah dibaca oleh YBrs. Encik Kamel bin Mohamad yang menyentuh kepada perkara berkaitan budaya kerja cemerlang dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Seterusnya, sesi memperkenalkan barisan kepemimpinan baru Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ), MOSTI bagi sesi 2013/2015 yang diterajui oleh Tuan Haji Shahruddin bin Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Direktorat Oseanografi Kebangsaan. 

Perhimpunan turut meraikan warga MOSTI yang baru menimang cahaya mata dan pemakluman pegawai-pegawai yang baru melaporkan diri. Majlis disudahi dengan sambutan Hari Lahir Warga MOSTI yang menyambutnya pada bulan Mei.

Turut hadir pada perhimpunan ini ialah ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Skip to content