Skip to main content
News

Perjumpaan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

12 April 2023, Putrajaya – Perjumpaan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 12 April 2023 (Rabu) bertempat di perkarangan bangunan Blok C4, MOSTI.
Majlis yang bermula seawal jam 4.00 petang dengan Pertandingan ‘Battle Of Nasyid’ yang melibatkan empat (4) sektor di MOSTI iaitu Unit/Bahagian di bawah Pejabat KSU, Sektor Pembangunan Teknologi, Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains dan Sektor Pengurusan.
Turut hadir pada majlis perjumpaan ini ialah YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita MOSTI, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Ketua-Ketua Unit/Bahagian serta warga MOSTI.
Selepas solat Asar, disampaikan Tazkirah ringkas bertajuk ‘Ramadan: Jangan Diucap Selamat Tinggal’ daripada Al-Fadhil Ustaz Nabil bin Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disusuli dengan ucapan YB Menteri (disampaikan oleh YBhg. Datuk KSU) yang menegaskan bahawa dalam kesibukan bekerja, kita perlu sentiasa mengambil peduli, memandang kiri dan kanan kepada ahli keluarga MOSTI yang memerlukan mendekati mana yang jauh, membantu mana yang perlu, berkongsi mana yang ada dan menghulur sokongan atau sekurang-kurangnya menawarkan bantuan untuk mengurangkan beban sesama kita.
Sebagai tanda keprihatinan untuk persiapan sambutan hari raya, majlis ini turut dilengkapkan dengan pemberian sumbangan kepada warga MOSTI. Antara sumbangan yang diberikan adalah:
✅ Serahan zakat Surau Ar-Raudhah As Sakinah MOSTI kepada 73 warga MOSTI yang terdiri daripada pegawai MOSTI pelbagai skim dari gred 16 dan ke bawah
✅ Sumbangan Aidilfitri oleh PUSPANITA MOSTI kepada warga Wanita MOSTI dikalangan Ibu Tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah atau OKU dan warga Wanita yang mempunyai penyakit kritikal. Seramai 8 warga disenaraikan sebagai penerima sumbangan
✅ Sumbangan Hamper dari Kelab KemSains untuk Pengawal Keselamatan MOSTI yang Bertugas pada malam hari Raya sehingga hari Raya ke-2. Seramai 9 orang petugas bergilir-gilir menjaga keselamatan bangunan-bangunan MOSTI
Penganjuran majlis ini adalah hasil kerjasama di antara Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat MOSTI (KemSAINS), PUSPANITA MOSTI dan Surau Ar-Raudhah Assakinah.
DSC 0281    DSC 0136DSC 0264    DSC 0191
Skip to content