Skip to main content
News

Perjumpaan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

19 Mac 2025, Putrajaya – Perjumpaan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 19 Mac 2025 bertempat di perkarangan bangunan Blok C4, MOSTI.

Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan Ceramah Ramadan bertajuk ‘Raikan Ramadan: Sintesis Puasa Antara Fizikal dan Spiritual’ yang disampaikan oleh Ustaz Baharuddin bin Idris, Penolong Pengarah Kanan, Unit Keurusetiaan dan Korporat, Masjid Putra. Majlis kemudian diserikan dengan persembahan Qasidah dari Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah dan persembahan Nasyid oleh Duo MOSTI.
Turut hadir pada majlis perjumpaan ini ialah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi Puspanita MOSTI, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Ketua Pengaradan CEO Jabatan/Agensi di bawah MOSTI, Ketua-Ketua Unit/Bahagian serta warga MOSTI.
YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya mengatakan “Sempena Ramadan yang penuh berkat, marilah kita memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan amalan, dan menghargai setiap peluang untuk berbakti kepada negara. Melalui bulan Ramadan juga membolehkan kita untuk refleksi diri agar dapat membentuk sahsiah dan keperibadian diri yang lebih baik”
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Penulisan Seni Khat 2025
🥇Johan: Norizam bin Shuib, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
🥈Naib Johan: Tuan Nurul Iffah binti Tuan Ismail, Bahagian Pemindahan Teknologi Dan Pengkomersialan R&D
🥉Ketiga: Muhammad Mu’izzuddin bin Mat Samsudin, Unit Komunikasi Korporat
Sebagai tanda keprihatinan untuk persiapan sambutan hari raya, majlis ini turut dilengkapkan dengan pemberian sumbangan kepada warga MOSTI dan serahan bantuan zakat kepada pegawai MOSTI yang berkelayakan. Melalui penganjuran program sebegini, semoga ia mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama di MOSTI
Skip to content