29 Ogos 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Persidangan 6th International Conferences on Biosciences and Medical Engineering (ICBME) di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
Persidangan ini diadakan dari 28 hingga 29 Ogos 2024 dan dianjurkan oleh Centre for Sustainable Nanomaterials (CS Nano) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Jabatan Biosains UTM, Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Bioteknologi Pertanian, Universiti Ondokuz Mayis, Turkiye dan Fakulti Teknologi Pertanian, Universiti Udayana Indonesia.
Penganjuran persidangan ini juga disokong oleh Malaysia Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) sempena program Minggu Sains Negara 2024. Pada persidangan ini, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin juga telah menyaksikan pelancaran produk oleh Phyto Biznet Sdn Bhd dan Majlis Pertukaran MOU di antara UTM dan Universitas Brawijaya Indonesia serta Universiti Asia Metropolitan.
Terlebih dahulu, pada 28 Ogos 2024, telah dianjurkan program 5th Bionanotechnology Research Seminar (BioNanoSem) meliputi program Pre- Conference Workshop on Nanocosmeceutical dan Seminar Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan yang disokong oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) MOSTI. Di dalam program ini, Ts. Mohd Helme bin Mohd Helan, Ketua Penolong Pengarah NNC dan En. Johan Iskandar bin Hassan, Pengarah Urusan Nanoverify Sdn Bhd (NVSB) telah menyampaikan ceramah berkaitan program nanokeselamatan di bawah NNC MOSTI dan program pensijilan nanoverify dibawah Nano Malaysia Berhad (NMB) dan NVSB.