Skip to main content
News

Persidangan 7th Summit for Space Sustainability

23 Oktober 2025, Paris – YBrs. En. Mhd Fairos bin Asillam, Penguasa Angkasa dan YBrs. PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti telah mewakili Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke 7th Summit for Space Sustainability yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.

Persidangan ini merupakan platform antarabangsa penting yang menghimpunkan pembuat dasar, penggiat industri, pakar sains, dan agensi angkasa dari seluruh dunia bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan kelestarian ruang angkasa (space sustainability) — termasuk aspek keselamatan, tadbir urus, integriti, dan penggunaan bertanggungjawab terhadap orbit serta sumber angkasa.
Penyertaan wakil MOSTI dalam persidangan ini membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama pelbagai delegasi antarabangsa, khususnya dalam bidang undang-undang dan dasar angkasa, tadbir urus dan integriti, di samping memperkukuh rangkaian kerjasama strategik (networking) dengan komuniti global
angkasa.
Inisiatif ini turut menyokong usaha Malaysia dalam memperkukuh ekosistem angkasa negara yang mampan, beretika, dan berintegriti tinggi selaras dengan aspirasi MOSTI untuk memajukan sains, teknologi dan inovasi ke arah kemakmuran bersama.
Skip to content