Skip to main content
News

Persidangan dan Pameran Bio Borneo 2014

By 2014-05-05#!31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:000731#31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:002+08:003131+08:00x312020Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +08000520512pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:00+08:0012#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:000731#/31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:05:07 +0800+08:00+08:0012#No Comments

UKK_2680

 

Kuching (5 Mei 2014) – BioBorneo 2014 dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang di DeTAR PUTRA, UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak pada petang ini. Turut hadir ialah YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Program BioBorneo 2014 ini berlangsung mulai 5 hingga 7 Mei 2014, dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Sarawak Biodiversity Centre (SBC), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp). Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Sarawak (MOMA) dan Jabatan Pertanian, Sarawak (DOA).

Program ini telah diadakan sejak tahun 2012 bagi menyedia landasan untuk berkongsi inovasi dan teknologi berimpak tinggi yang boleh memacu kepada industri bioekonomi di rantau ini. Menurut YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, peningkatan kesedaran tentang potensi bioekonomi melalui sumber biodiversiti Borneo mampu menjana sumber pertumbuhan ekonomi di Sarawak khususnya dalam bidang industri berasaskan makanan, pertanian dan produk bahan semulajadi.

Bertemakan “Mengekalkan Komuniti Bioekonomi”, BioBorneo 2014 melibatkan ahli panel khusus yang akan membincangkan potensi, peluang dan pembangunan industri bioteknologi di Borneo dan rantau ini. Program mensasarkan matlamat untuk berkongsi program transformasi bioekonomi yang dilaksanakan di Malaysia dan mewujudkan rangkaian dan kerjasama di antara pemain-pemain industri.

Aktiviti yang terlibat ialah Seminar Bioteknologi, Ekspo Bioindustri, Business Matching dan Pameran Industri dan Penyelidikan Bioteknologi. BioBorneo 2014 yang berlangsung selama tiga hari ini dijangka menarik lebih tiga ribu pelawat dari kalangan industri biotek, usahawan, penyelidik, pelajar dan masyarakat awam.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Cik Asha Devi Kaushal di Sarawak Biodiversity Centre melalui telefon 082-610610 atau e-mel biosar@sbc.org.my .

Skip to content