Skip to main content
News

Persidangan Inovasi Malaysia 2022

2 Ogos 2022, Kuala Lumpur –YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri hari ini telah merasmikan Persidangan Inovasi Malaysia 2022, sebuah platform percambahan fikiran untuk mengumpulkan hasil ciptaan pereka cipta tempatan serta membincang dan mengupas idea baharu berkaitan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I), yang memainkan peranan penting dalam mempercepat pembangunan sosioekonomi Keluarga Malaysia.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) bersama United Nations Development Program (UNDP) dan tujuh Kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bergabung tenaga menjayakan persidangan pada hari ini.

Persidangan ini dilaksanakan berdasarkan tiga tema utama yang sejajar dengan keperluan sosio-ekonomi negara pada masa kini iaitu Pertanian Lestari dan Sekuriti Makanan, Komuniti Mampan dan Bandar Hijau serta Perniagaan Mampan.
YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI turut sama hadir di Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022.

Skip to content