28 November 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menghadiri Persidangan Jenama Antarabangsa China-Malaysia di Kuala Lumpur anjuran Persekutuan Rangkaian Runcit & Francais ASEAN (ARFF).
Dalam ucapan perasmiannya, YB Timbalan Menteri menekankan bahawa Malaysia komited terhadap sains, teknologi dan inovasi sebagai kunci pembangunan antara kedua negara.
“Melalui MOSTI, kita komited untuk memperkukuh ekosistem inovasi dengan:�



YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal turut menyorot beberapa kerjasama sains dan teknologi Malaysia-China yang telah menghasilkan banyak kejayaan, termasuk kenderaan elektrik pertama hasil usaha Proton dan Geely serta pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan.
“Saya yakin hubungan ini akan terus berkembang, membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan kerjasama ini” tambahnya lagi.