Skip to main content
News

Pertandingan Peringkat Akhir Todak Digital Creators Competition

12 Ogos 2024, Selangor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI meluangkan masa hadir sebagai tetamu kehormat dan menyokong Pertandingan Peringkat Akhir Todak Digital Creators Competition bertemakan Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game Based Learning) yang dianjurkan oleh Todak Academy di Cyberjaya.

Todak Digital Creators Competition 2024: Game Jam (TDCC 2024: Game Jam) merupakan inisiatif oleh Todak Academy untuk menyediakan platform khas kepada para peserta kelas Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game Based Learning) oleh Todak Academy untuk mempertandingkan permainan video (video game) hasil ciptaan mereka sendiri melalui proses pengaturcaraan ringkas (simple coding) dan pengaplikasian pembelajaran berasaskan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni & Matematik).
Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang. MOSTI sentiasa komited menyokong program-program pembudayaan sains, teknologi dan inovasi dalam usaha memupuk minat masyarakat terhadap STI.
Skip to content