Skip to main content
News

Pertemuan KSU MOSTI Bersama YBTM MOSTI

12 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah mengadakan pertemuan dengan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sejurus selepas itu, YBhg. Datuk Seri KSU menghadiri Mesyuarat Pasca-Kabinet MOSTI buat kali pertama setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha MOSTI berkuat kuasa 10 Mac 2025. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri, barisan pengurusan tertinggi MOSTI, ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO jabatan dan agensi di bawah MOSTI.
Skip to content