Skip to main content
News

Pertemuan Malaysia Dengan Asean -China (ACC) Di Fuzhou, China

16 November 2025, Fuzhou – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyertai Pertemuan antara Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia, dengan TYT Tuan Shi Zhongjun, Setiausaha Agung ASEAN-China Centre (ACC) di Sheraton Fuzhou Hotel, Fuzhou, China.

Turut dihadiri ialah YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia; dan YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Pengerusi Malaysia-China Business Council. Dalam pertemuan tersebut yang diadakan bersempena dengan penyertaan Malaysia ke ASEAN-China Week 2025 tersebut, kedua-dua pihak bertekad untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara Malaysia dengan China, serta dengan ASEAN-China Centre.
Susulan pertemuan tersebut, Delegasi Malaysia bersama para tetamu kehormat dari Kedutaan Besar Negara Anggota ASEAN di China, turut menghadiri Jamuan Makan Tengahari yang dihoskan oleh TYT Tuan Shi Zhongjun, Setiausaha Agung ACC.
Skip to content