11 Oktober 2023, Putrajaya – Pertemuan YBhg. Dato’ Ts. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBrs. Tuan Haji Burhanuddin bin Md. Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd dan YBrs. Encik Mohammad Azlan bin Jizam, Pengarah Teknikal Virtual Reality Solutions Sdn Bhd.
Pertemuan ini antara lainnya berkongsi mengenai teknologi-teknologi terbaru berkaitan planetarium dan Pameran sains serta kerjasama dalam mempromosikan sains, teknologi dan Inovasi kepada generasi muda.
Hadir sama YBrs. Puan Ruziah binti Shafie, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; Encik Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI; Tuan Haji Shahruddin bin Haji Yusof, Pengarah Planetarium Negara dan Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara.