Satu pertukaran MoU diantara CyberSecurity Malaysia yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr Hj Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif , CyberSecurity Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah diwakili oleh YBhg. Prof. Datuk Dr D Kamarudin D Mudin, Vice-Chancellor, UMS telah diadakan sempena Majlis Temu Mesra YB Menteri MOSTI bersama media Sabah pada 25 Februari 2018. Pertukaran MoU tersebut disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Seri Dr Mohd Azhar Hj Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI.
kolaborasi khusus antara CSM dan UMS berkaitan:
- Perkhidmatan pemulihan dan sanitasi data adalah untuk menjadikan UMS sebagai hub untuk titik sentuh (touch point) kepada pelajar khasnya
- Memberi kesedaran mengenai kepentingan data dan keselamatan siber kepada masyarakat di Sabah amnya
- Merangsang pembangunan kapasiti dan capability di dalam bidang teknologi forensik digital