27 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuanku Canselor Universiti Malaya berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Afrika Selatan, Tuan Yang Terutama Matamela Cyril Ramaphosa, dalam Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya.
Penganugerahan ini merupakan penghormatan tertinggi universiti kepada TYT Ramaphosa atas sumbangan besar beliau dalam bidang diplomasi global, perundingan antarabangsa serta kepimpinan strategik yang diiktiraf di peringkat dunia.
Turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah ini ialah YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta beberapa kenamaan lain.





