Skip to main content
News

Program Astro Sparkz

8 Julai 2023, Perak –  MOSTI melalui Planetarium Negara telah melaksanakan Program Astro Sparkz pada 8 Julai 2023 bertempat di SK Pos Tenau, Slim River, Perak Darul Ridzuan. Ianya merupakan satu program berkonsepkan perkhemahan yang dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mempelajari astronomi secara komprehensif berasaskan pengetahuan teori dan aplikasi secara praktikal.

Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Astronomi 360 tahun 2023 yang bertujuan merancakkan penglibatan masyarakat secara inklusif dari aspek umur, tahap sosial, ekonomi, pendidikan dan tahap kesempurnaan fizikal mahupun pancaindera.
Program ini turut menyokong matlamat pembangunan lestari (SDG) negara iaitu matlamat ke 10: Mengurangkan ketidaksamaan dan turut menyumbang kepada usaha negara dalam pembangunan modal insan yang mampan melalui keterangkuman merentasi sempadan keterbatasan sosioekonomi masyarakat.
Sedikit berbeza di dalam pendekatan program kali ini, di mana ia dirangka bersesuaian dengan masyarakat Orang Asli dengan menjadikan pencerapan langit malam sebagai aktiviti utama dalam program. Aktiviti hands-on berasaskan konsep teknologi angkasa dan penerokaan angkasa turut disediakan bagi menjadikan program ini lebih mengujakan di kalangan masyarakat Orang Asli.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut meluangkan masa bersama-sama seramai 150 orang pelajar beserta guru-guru dan masyarakat Orang Asli setempat.
Skip to content