Skip to main content
News

Program Hari Terbuka NIBM 2023

2o September 2023, Selangor – National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengadakan Program Hari Terbuka NIBM 2023 dengan sokongan dari Bioeconomy Corporation (BEC) bertempat di Auditorium Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGVI-NIBM).

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dalam ucapan perasmiannya YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Bin Hassim menyatakan “Melalui pelaksanaan program ini, saya yakin ia dapat memberi manfaat kepada kita semua dengan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama di antara agensi kerajaan, akademia dan pemain industri dalam bidang Bioteknologi di Malaysia.”
Objektif program ini bertujuan untuk memperkenalkan NIBM dengan lebih meluas kepada masyarakat dan pemain industri. Program ini juga merupakan salah satu platform bagi mempromosikan hasil penyelidikan dan prototaip yang dihasilkan oleh saintis NIBM. Selain itu, NIBM turut menawarkan khidmat rundingan dan kepakaran saintifik.
Program Hari Terbuka 2023 ini turut dihadiri oleh wakil dari Industri, Institut Pengajian Tinggi, Agensi Kerajaan dan orang awam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah forum khas bertajuk “Cabaran dan Halatuju Bio-Industri Malaysia”, pameran bioteknologi dan lawatan makmal.
Skip to content