14 November 2024, Uzbekistan – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) telah mengadakan pertemuan dengan YBrs. Tuan Abdulahad Kuchkarov, Pengarah Eksekutif IT Park Uzbekistan.
Pertemuan ini berlangsung sempena lawatan delegasi MOSTI ke program Innoweek.Uz-2024 di Tashkent, Uzbekistan. Wakil dari MRANTI turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut.
Dalam sesi tersebut MOSTI, MRANTI dan IT Park Uzbekistan telah berkongsi pengalaman serta pengetahuan melibatkan pelbagai aspek pembangunan inovasi di kedua-dua negara. Pertemuan ini menjadi platform strategik untuk membincangkan pendekatan inovatif dalam memacu ekosistem teknologi, pembangunan modal insan serta perniagaan berasaskan inovasi.
IT Park Uzbekistan turut menyatakan minat untuk menjalin kerjasama strategik bersama MRANTI terutamanya dalam bidang startup. Hubungan ini diharapkan dapat memperkukuh ekosistem startup di kedua-dua negara, membuka ruang untuk inisiatif baharu serta memperluas impak teknologi dalam keusahawanan.