11 Jun 2025, Johor – Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics telah berlangsung hari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, Segamat, Johor yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan turut dihadiri wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Puan Anura binti Md. Dom.
Seramai 29 orang orang guru dan 264 orang pelajar yang terdiri daripada 135 pelajar Tahap 1, 114 pelajar Tahap 2 dan 15 Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mengambil bahagian dalam program ini.

• Tahap 1: EZBOT & STEM Kit
• Tahap 2: CSI & Slingshot Rocket
• PPKI: STEM Kit & Straw Rocket
Program ini memberi peluang pembelajaran berasaskan STEM secara menyeronokkan dan inklusif untuk semua.