Skip to main content
News

Program Kitar Semula Bekas Racun Makhluk Perosak dalam Industri Kelapa Sawit 2025

17 Jun 2025, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan Program Kitar Semula Bekas Racun Makhluk Perosak dalam Industri Kelapa Sawit di Ladang Rimmer, KLK Berhad, Lahad Datu, Sabah.

Program kitar semula yang dianjurkan ini merupakan inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia dalam memperkasakan pembudayaan gaya hidup yang lestari dengan mengolah semula bahan buangan seperti pembungkusan racun perosak dan tong bekas racun makhluk perosak selain daripada kertas, kaca atau plastik yang dilupuskan secara domestik.
YB Timbalan Menteri dalam ucapan perasmiannya menyifatkan Program kitar semula ini sebagai satu langkah proaktif yang mengukuhkan lagi usaha melestarikan alam sekitar melalui pendekatan sains, teknologi dan inovasi dalam memperkasa teknologi tempatan dan inovasi berimpak tinggi demi keselamatan, produktiviti dan kesejahteraan rakyat.
MOSTI turut menyokong pembangunan pakaian perlindungan diri berteknologi tinggi untuk pekebun dan petani serta menggalakkan kajian berterusan dalam menilai tahap kesedaran serta amalan pengurusan sisa ini secara berkesan.
Skip to content