05 Ogos 2025, Kelantan – Program MADANI Camp STEMSATION telah dianjurkan di UMK Kampus Bachok, sebagai salah satu program satelit bersempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan.
Menerusi program ini, seramai 122 orang murid dari SK Telaga Ara telah berpeluang untuk menerokai dunia Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara interaktif, kreatif dan menyeronokkan.




Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Telaga Ara, dengan sokongan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai usaha memperkasa pendidikan STEM kepada generasi muda luar bandar.
