Skip to main content
News

Program Pelepasan Anak Penyu

23 Jun 2025, Terengganu – Sebanyak 200 ekor anak penyu dari spesies Chelonia mydas atau Green Sea Turtle (Penyu Agar) telah dilepaskan ke laut di Pusat Konservasi Penyu, Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu sempena Sambutan Minggu Penyu Sedunia anjuran Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT).

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI), MOSTI. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara dan YBrs. Encik Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PSKT.
Program ini merupakan salah satu pengisian di bawah Minggu Sains Negara (MSN) 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan biodiversiti marin.
Program bermula dengan sesi Cakap-Cakap Sains : Kelestarian Penyu yang disampaikan oleh Pegawai Institut Penyelidikan Perikanan. Manakala bagi slot kedua pula adalah Selamatkan Penyu Kita yang telah disampaikan oleh Pensyarah UMT. Seramai 200 orang murid sekolah bersama guru telah hadir ke sesi tersebut.
Penyu memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem laut dan menjadi simbol kelestarian alam semula jadi. Program ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam usaha memelihara khazanah laut yang semakin terancam.
Setiap pelepasan ini membawa harapan agar spesies penyu terus kekal menghuni lautan kita untuk generasi akan datang.
Skip to content