Skip to main content
News

Program Pembudayaan STI Bersepadu MOSTI Melabuh Tirai

16 November 2026, Serdang – Program Pembudayaan STI Bersepadu MOSTI Peringkat Akhir Kebangsaan (E-STI 2026) yang menghimpunkan dua program induk, bersama pelbagai program satelit yang dilaksanakan secara serentak dalam satu platform iaitu Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains, Bio-Innovation Launchpad, Knowledge Learning Engineering Science Fair , Mbot Tune Summit, Program Advokasi Nuklear dan Anugerah Saintis Muda Negara mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pengunjung atas sokongan yang diberikan. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang. Bagi para peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir kebangsaan namun belum meraih kemenangan, teruskan usaha anda dan jangan berputus asa kerana peluang masih terbuka luas pada tahun hadapan.
Jumpa lagi pada edisi akan datang !
Skip to content