Skip to main content
News

Program Permukiman Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2025

16 Mac 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Program Permukiman Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2025 yang telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara pada 15 dan 16 Mac 2025.

Pada hari pertama program, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir menyampaikan amanat dengan memberi penekanan kepada “laksana sekarang”. Ucapan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan sebanyak 55 inisiatif dan 17 inisiatif utama telah terhasil daripada sesi permukiman ini.
.
Kredit Foto: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Skip to content