Skip to main content
News

Program Rehlah Sains 2024

28 Oktober 2024, Terengganu – Program Rehlah Sains yang merupakan program jelajah khas anjuran MOSTI melalui Pusat Sains Negara (PSN) di bawah inisiatif SciTech4U merupakan platform mendekati pelajar sekolah agama dan tahfiz di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Program Rehlah Sains 2024 dilaksanakan dengan kaedah penjelajahan bas pameran PSN Trooperz On the Move selama 15 hari menjelajah sembilan (9) buah lokasi melibatkan 43 buah sekolah agama dan tahfiz seluruh Pantai Timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 16 Oktober 2024.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini hadir ke Sesi ‘Walkabout’ sempena Program Rehlah Sains 2024 di Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu.
Pada program ini juga, beliau turut menyerahkan Sudut STEM yang dibangunkan oleh Pusat Sains Negara kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu, Tuan Haji Ku Apwa bin Ku Ibrahim. Antara bahan aktiviti yang ada pada Sudut STEM berkenaan termasuklah Magic Triangle, Packing Parcel, Soma Cube dan Optical Illusion.
Hadir sama YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. Tuan Haji Lothman bin Awang, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
Skip to content