Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan pelajar sekolah menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak.
Program ini dianjurkan oleh Kelab STEM TVET Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama rakan strategik dan pelaksana iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Maths Proofread, serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muallim.
Program ini melibatkan seramai 90 orang peserta daripada tiga (3) buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pos Bersih selaku tuan rumah, Sekolah Kebangsaan Ulu Slim, dan Sekolah Kebangsaan Slim Village untuk mencungkil bakat serta memantapkan kefahaman dalam bidang robotik dan inovasi.
Menerusi pendekatan praktikal secara interaktif, para peserta berpeluang merasai sendiri aplikasi elektronik dan sistem kawalan menerusi modul-modul menarik seperti:
Inisiatif berterusan menerusi pemantapan pembelajaran robotik dan mikroelektronik ini membuktikan peranan teras MOSTI sebagai pemangkin utama dalam mengarusperdanakan budaya STI ke seluruh pelosok negara tanpa mengira latar belakang.
Pendedahan amali ini bukan sahaja memupuk kefahaman mendalam terhadap asas teknologi dan kejuruteraan, bahkan mampu menyuntik aspirasi serta membakar semangat pelajar untuk mengasah minda analitikal yang berdaya saing, seterusnya bersedia mendepani cabaran sebagai peneraju teknologi dan inovasi masa depan.




