19 Ogos, Banting – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus memperkasakan pemikiran kognitif dan daya cipta generasi cilik dalam bidang teknologi pertanian masa hadapan menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, Banting, Selangor.
Program berimpak tinggi ini dianjurkan oleh YTS Skills Resources dengan kerjasama strategik Nextgen Resources, serta telah berjaya menghimpunkan seramai 153 murid dari SK Seri Cheding untuk meneroka potensi agro teknologi moden secara praktikal.
Menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning), para peserta didedahkan dengan pengaplikasian teknologi hijau dan tenaga keterbaharuan secara terus menerusi modul-modul interaktif seperti:
Inisiatif ini bukan sahaja menyemai minat awal murid terhadap integrasi sains, matematik, dan teknologi hijau, malah membina kesedaran kritikal mengenai kepentingan kelestarian keterjaminan makanan negara. Komitmen berterusan MOSTI ini amat penting bagi membentuk modal insan yang berdaya saing, berinovasi, dan bersedia memacu pembangunan teknologi berteraskan alam sekitar demi kemakmuran bersama.




