Skip to main content
News

Program STEM Camp MOSTI 2026: STEM-Agro Explorance

8 September 2026, Kuantan – Usaha mendedahkan generasi muda kepada potensi agroteknologi moden terus diperkasakan menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar (SRIAPB), Kuantan, Pahang.

Inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini telah dilaksanakan oleh MNR Multitech Sdn. Bhd. menerusi kolaborasi strategik bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Program ini telah membuka ruang kepada 100 murid SRIAPB untuk merasai pengalaman unik mendalami dunia agromakanan dan aplikasi sains ternakan secara interaktif.
Melalui pendekatan pembelajaran praktikal di luar bilik darjah, para peserta berpeluang meneroka pelbagai konsep sains serta integrasi teknologi dalam ekosistem penternakan itik dan keterjaminan makanan menerusi modul-modul khas:
✨ Peranan STEM dalam Penternakan Itik & Keterjaminan Makanan
✨ Sains Itik & Biologi (Stesen 1)
✨ Nutrisi & Dedak Itik (Stesen 2)
✨ Teknologi Inkubator (Stesen 3)
✨ Sains Telur Masin (Stesen 4)
Program eksperimen seperti ini dijangka mampu menyuntik minat baharu dalam kalangan murid terhadap bidang sains pertanian moden serta mencetuskan minda reka cipta berasaskan keterjaminan makanan. Langkah berterusan ini menyerlahkan iltizam MOSTI dalam memperluas liputan pendidikan STI negara, sekali gus melahirkan generasi berdaya saing yang bersedia memimpin industri berasaskan teknologi kelak.
Skip to content