19 Ogos 2026, Melaka – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus mengorak langkah kehadapan dalam memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai teknologi beraras tinggi dengan penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Jasin, Melaka.
Program strategik ini dianjurkan oleh IIOTSME Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pejabat Meteorologi Melaka, bertindak sebagai platform memperkasakan 100 pelajar SMK Iskandar Shah menerusi penguasaan amali dalam bidang Internet of Things (IoT) serta sains atmosfera.
Bagi memperkasa bakat cilik dengan kemahiran berasaskan Industri 4.0 (IR4.0), para peserta dibimbing secara terus untuk mereka cipta dan membangunkan sistem pemantauan cuaca pintar menerusi modul-modul seperti:
Inisiatif berorientasikan masa depan ini bukan sahaja menyemarakkan budaya reka cipta digital dan analitik data di peringkat sekolah, malah membentuk pemikiran kritis pelajar dalam menyelesaikan cabaran persekitaran berdasarakan realiti semasa. Komitmen padu MOSTI ini terbukti memperkasakan agenda pemerkasaan STEM negara perlu dilasksanakan secara inklusif, seterusnya melahirkan modal insan tempatan yang berdaya saing, berinovasi, dan bersedia memimpin era teknologi tinggi.
Merakyatkan sains. Menginsankan teknologi. Mengarusperdanakan inovasi.




