Skip to main content
News

Program STEM Day 2025@Tenby International School

9 April 2025, Selangor – Program STEM Day 2025@Tenby International School telah berlangsung pada 8-9 April 2025 bertempat di Tenby International School, Semenyih, Selangor dan dirasmikan oleh YBrs. Pn Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Program tersebut yang bertemakan ‘Stemming Into The Future’ merupakan program membudayakan dan memupuk minat golongan sasar khususnya dikalangan murid dan pelajar terhadap sains, teknologi dan inovasi (STI) dan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) selaras dengan sasaran yang ditetapkan di bawah Teras 5 Pembudayaan dan Pengaplikasian STIE di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) 2021-2030 dalam usaha pihak Kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berminda saintifik dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
Pelbagai aktiviti berteraskan STI dan STEM telah dilaksanakan sejajar dengan bidang fokus MOSTI merangkumi kecerdasan buatan (AI), teknologi angkasa, internet kebendaan (IoT), bioteknologi dan sebagainya.
STEM Day 2025@Tenby International School dianjurkan dengan kerjasama bersepadu di antara MOSTI, Tenby International School, University of Nottingham-Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Planetarium Negara, NUKLEAR Malaysia dan pengamal-pengamal STI swasta. Seramai kira-kira 1000 orang murid dan pelajar melibatkan sekolah-sekolah di sekitar Selangor telah hadir ke program yang dijadualkan.
Skip to content