07 Ogos 2025, Kelantan – Program STI 100³ sempena #ProgramMADANIrakyat 2025 Kelantan telah diadakan di SMK Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan bersama saintis YBrs. Chm. Pn. Noor Azlina Binti Awang, Jabatan KIMIA Negeri Kelantan dengan penyertaan seramai 800 orang pelajar.
Murid-murid telah menyertai pameran pembelajaran dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Sains Forensik anjuran saintis Jabatan Kimia Malaysia yang mengetengahkan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah melalui simulasi ujian saringan, kuiz narkotik serta paparan jenis-jenis dadah berbahaya, di samping pameran inovasi murid seperti Robot Tempur Tumpat, 3D Pen Printing Teknologi Hijau, STEM-RBT, Kepelbagaian Mikroorganisma, Bingo Maths dan macam-macam lagi.