Skip to main content
News

Program ‘The Leadership in Innovation Fellowships’ (LIF)

18 Februari 2025, Putrajaya – Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Royal Academy of Engineering United Kingdom telah mengadakan sesi ‘The Innovators’ Send-Off: UK Bound’ untuk inovator daripada Program ‘The Leadership in Innovation Fellowships’ (LIF).
Seramai lapan ( 8 ) orang inovator cemerlang Malaysia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi telah dipilih untuk menghadiri program latihan intensif selama dua minggu, serta program 𝘐𝘯-𝘊𝘰𝘶𝘯𝘵𝘳𝘺 𝘗𝘢𝘳𝘵𝘯𝘦𝘳 (𝘐𝘊𝘗) 𝘵𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦𝘴 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘜𝘯𝘪𝘵𝘦𝘥 𝘒𝘪𝘯𝘨𝘥𝘰𝘮 pada Julai 2025. Program ini membolehkan peserta menjalani latihan dan peluang membina rangkaian, serta peluang bersaing untuk ‘Best Pitch Award’ di hadapan pelabur UK dan pelabur-pelabur yang berpotensi.
Hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim. Turut hadir ialah Puan Ruzina Hasan, (Kaunselor) Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur dan Ian Ritchie, Felo dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu LIF. MIGHT diwakili oleh YBhg. Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama (Industri), YBhg. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Bersama (Kerajaan) dan YBrs. Encik Rushdi Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Program LIF ialah inisiatif kerjasama antara Malaysia dan UK di bawah International Science Partnerships Fund (ISPF) yang menyokong usahawan tempatan yang berbakat dalam mengubah inovasi kejuruteraan dan teknologi mereka kepada perniagaan yang berkesan dan mampan.
Lapan peserta Malaysia akan menyertai lebih 60 wakil dari Brazil, Colombia, India, Mexico, Filipina, Afrika Selatan, Thailand dan Vietnam untuk LIG Global 2025.
Skip to content