Skip to main content
News

PSN Scifest 2022 Menyemarakkan Aktiviti Sti Dalam Kalangan Masyarakat

14 November 2022, Kuala Lumpur – Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim hari ini telah merasmikan Program PSN Scifest 2022 di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

PSN Scifest 2022 merupakan acara kemuncak aktiviti pembudayaan Pusat Sains Negara (PSN) yang bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat.

Penganjurannya adalah sejajar dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 dalam memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih berdaya saing dan berupaya mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan, inovasi, penjanaan kekayaan, keterangkuman dan kesejahteraan masyarakat.

PSN Scifest 2022 juga merupakan salah satu program utama di bawah Minggu Sains Negara yang berkonsepkan edutainment (didik hibur), bermaklumat dan santai dengan menawarkan pelbagai aktiviti sains secara hands-on, menarik dan interaktif. PSN SciFest telah menerima lebih tiga (3) juta penyertaan sejak penganjurannya bermula tahun 2011.

YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji. Aminuddin bin Hassim berkata, “Tema PSN SciFest 2022 iaitu ‘STI Memperkasa Masa Hadapan’ telah diangkat sejajar dengan transformasi dunia digital masa kini yang semakin pesat dan berdaya saing. Kemunculan teknologi baharu seperti automasi, robotik, kecerdasan buatan (Al) dan internet benda (loT), dron, realiti maya dan data raya (big data) telah mengubah gaya hidup, budaya dan sosioekonomi dunia.”

PSN SciFest 2022 menawarkan enam (6) program utama yang menarik iaitu pameran Metaverse, Meet Your Robot, Gamifikasi STEM, Kids Corner, Cabaran Dron dan Jelajah Alam. Terdapat juga lebih 20 aktiviti sains yang menarik antaranya adalah 360° Tour (lawatan pameran secara maya), bengkel interaktif STEM, persembahan sains, kuiz science buzz serta sesi science chat bersama saintis dan pakar tempatan yang dibawakan secara santai untuk orang ramai.

PSN SciFest 2022 yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 14 hingga 15 November 2022 ini diadakan secara fizikal dan secara dalam talian melalui platform maya di laman sesawang www.psn.gov.my/virtualscifest. Program ini turut menyasarkan penyertaan seramai (1) juta orang secara fizikal dan maya menerusi platform media sosial PSN.

Diharapkan agar PSN SciFest 2022 akan menjadi pencetus bagi mencungkil lebih ramai bakat dan kreativiti dalam bidang teknologi dan inovasi.

 

315280579 504516708370656 3328577029071583298 n             314997929 504516635037330 1413618317447222452 n

313874536 504516601704000 7652128891511523256 n             314718532 504516671703993 9137715191807923548 n

315151054 504516925037301 5132694460150674395 n             314098397 504516841703976 3241387114019071144 n

Skip to content