Skip to main content
News

PSN TERAP ELEMEN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, KESENIAN DAN MATEMATIK (STEAM) DALAM PROGRAM JANGKAU LUAR

By 2015-05-07#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:000930#30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:00-11+08:003030+08:00x30 12am30am-30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:0011+08:003030+08:00x302021Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +08004611464amMonday=321#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:00+08:004#April 12th, 2021#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:000930#/30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:00-11+08:003030+08:00x30#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:09 +0800+08:00+08:004#No Comments

07 Mei 2015 : MELAKA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Pusat Sains Negara (PSN) telah menerapkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) menerusi program jangkau luar mereka. Penerapan elemen STEAM merupakan lanjutan daripada elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemetik (STEM) dengan penambahan elemen Kesenian. Inisiatif ini sejajar dengan hasrat negara yang telah mengariskan matlamat meningkatkan nisbah pengajian Sains:Sastera daripada 42:48 kepada nisbah 60:40 menjelang 2020.

PSN telah menerapkan elemen STEAM dalam setiap modul pendidikan sains tidak formal yang dibangunkan khusus untuk tiga generasi berbeza iaitu pelajar pra sekolah; pelajar sekolah rendah dan menengah; dan guru-guru. Modul-modul ini dibentuk dengan cara yang santai dan menarik bagi melengkapi pengajaran sains formal yang sedia ada di sekolah dalam usaha menarik minat lebih ramai pelajar mendalami ilmu yang berkaitan dengan STEAM.

Menurut YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), PSN yang merupakan sebuah institusi pendidikan tidak formal yang berperanan mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi akan mengambil tanggungjawab menarik minat pelajar terhadap STEAM.

“Program yang menekankan konsep pembelajaran melalui pendekatan pelbagai aktiviti sains hand’s on dan mind’s on ini memberikan pengalaman yang unik kepada para peserta untuk mendekati sains, seterusnya memberikan persepsi positif mengenai sains. Diharapkan usaha ini akan menarik minat mereka untuk menyertai STEAM sebagai pilihan masa depan sama ada dalam memilih bidang pengajian tinggi ataupun bidang pekerjaan”, katanya semasa merasmikan perasmian penutupan program tersebut.

Program Perkampungan Sains merupakan aktiviti tahunan bermula dari tahun 2009 dan telah dirangka di bawah program pembudayaan sains kementerian ini. Program yang bermula pada 5 – 7 Mei di Planetarium Melaka ini telah mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Planetarium Melaka. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta para guru turut serta menjayakan program ini.

Skip to content