16 Mac 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyampaikan ucapan di Putrajaya Net Zero Emission Roundtable 2023 yang merupakan inisiatif yang dibawa bersama oleh Heriot-Watt Universiti Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia.
Putrajaya Net Zero Emission Roundtable 2023 diilhamkan daripada aspirasi Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050 dan menetapkan hala tuju untuk membantu dalam membina kapasiti kepimpinan yang akan mengenal pasti dan melaksanakan laluan kepada neutraliti karbon di Malaysia.