Skip to main content
News

Retreat MOSTI 2012

By 2012-02-04#!31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800p5631#31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 11am31am-31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800p6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800386383amSaturday=321#!31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 11th, 2017#!31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800p5631#/31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Sat, 11 Mar 2017 06:38:56 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

 

 

(NILAI, 4 Februari 2012):  Program Retreat bersama YB Menteri MOSTI telah diadakan pada 3 hingga 4 Februari 2012 dengan matlamat memperkemaskan lagi hala tuju strategik dan KPI MOSTI serta menambahbaik deraf polisi STI yang sedang dibangunkan agar selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan.
Program turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan InovasiYB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Ketua Setiausaha YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah Jabatan serta Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Agensi-agensi MOSTI.
Program yang merupakan acara tahunan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Dato’ KSU.  Di dalam ucapannya YBhg Dato’ KSU menyatakan keperluan setiap anggota MOSTI memahami bidang KPI tahun 2012 yang akan dikongsi bersama.  KPI ini juga telah dibuat unjuran mengikut bidang dan fungsi Klaster, Bahagian, Agensi dan Syarikat di bawah MOSTI samada sebagai pemandu utama program ataupun bertindak sebagai sokongan.  Sehubungan itu adalah penting untuk semua pihak bekerja sebagai satu kumpulan bagi memastikan KPI yang ditetapkan untuk tahun 2012 tercapai.
YB Menteri MOSTI di dalam ucapannya meminta agar MOSTI memberi perhatian kepada tiga perkara utama iaitu halatuju 2012, hasil KPI yang ingin diperolehi dan hubungan baik dengan Kementerian lain bagi isu-isu yang dilihat ada pertindihan fungsi.  Beliau juga meminta agar MOSTI sentiasa mengekalkan semangat kerja berkumpulan demi memastikan amanah yang diberikan MOSTI untuk kesejahteraan rakyat tercapai.
YB Menteri turut mengimbas pencapaian KPI tahun 2011 dan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua kerana telah berjaya mencapai pencapaian 150% daripada sasaran yang ditetapkan.  Menurut beliau lagi, pencapaian ini disumbangkan oleh semua pihak di MOSTI dan semua perlu berasa bangga dengan pencapaian ini.
Lapan pembentangan dibuat sepanjang dua hari dengan memberi lebih fokus kepada lapan komponen utama Teras Strategik MOSTI.  Antara perkara yang mendapat perhatian retreat kali ini adalah keperluan untuk menyepadukan tindakan oleh pelbagai Kementerian bagi memastikan negara mempunyai sumber manusia yang mencukupi di dalam bidang STI menjelang tahun 2020, meningkatkan minat untuk menyertai aliran sains di dikalangan pelajar, meningkatkan penyertaan masyarakat di dalam pembudayaan inovasi serta menggalakan penyertaan pihak industri dengan usaha-usaha pengkomersilan hasil program R&D.