Skip to main content
News

Ruang Reka Stie Keluarga Malaysia Dan Showcase Prototaip Peranti I-Breath

By 2021-11-28#!30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:005830#30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30 29am30am-30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:0010+08:003030+08:00x302021Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +080031103111amMonday=321#!30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:00+08:0011#November 29th, 2021#!30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:005830#/30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30#!30Mon, 29 Nov 2021 10:31:58 +0800+08:00+08:0011#No Comments
28.11.2021, Johor – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba hari ini telah merasmikan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia dan Showcase Prototaip Peranti i-Breath di Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi, Johor.
Ruang Reka merupakan sudut inovasi digital serta makmal komputer dan reka bentuk untuk membudayakan kreativiti serta inovasi daripada peringkat akar umbi supaya dapat menjana peluang pekerjaan dan perniagaan. Mensasarkan masyarakat setempat terutama golongan pelajar dan belia serta syarikat pemula (Start-Up) dan Perusahaan Kecil Sederhana, Ruang Reka ini memberi pendedahan dan latihan kemahiran kepada para peserta tentang penggunaan teknologi baharu seperti 3D Printer, Robotik dan Virtual Reality (VR).
Menurut YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, “Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Tenggara, Kota Tinggi adalah istimewa kerana adanya Dapur Pintar yang pertama di Malaysia. Dapur Pintar di sini dilengkapi dengan alatan automasi dan mesin daripada ekosistem inovasi YIM dalam membantu penghasilan makanan dan pengkomersialan produk tradisional.”
Pengusaha makanan dapat memanfaatkan Dapur Pintar ke arah pengkomersialan produk makanan tradisional keluaran komuniti Tenggara seperti botok-botok, yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam negara dan juga Singapura.
Majlis ini juga menyaksikan penyerahan surat hasrat kerjasama antara YIM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di mana tiga modul program Training of Trainer (ToT), Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia dijalankan oleh UTM, Skudai iaitu 3D Design and Printing (Makmal Reka Bentuk), Arduino Programming (Makmal Komputer) dan Digital Kreatif (Studio Digital).
Pada majlis yang sama, YB Dato’ Sri Dr. Adham turut mengumumkan peruntukan dana Strategic Research Fund (SRF) sebanyak RM1.05 juta untuk Pembangunan Peranti Mudah Alih Saringan dan Pemantauan COVID-19 atau dikenali sebagai i-Breath.
i-Breath dilengkapi dengan skrin yang memaparkan ciri pernafasan dan membolehkan pemantauan kesihatan pengguna melalui telefon pintar dan mengelakkan sentuhan fizikal (high tech, low touch). Peranti ini turut dilengkapi dengan storan data kad USB yang menggunakan bateri boleh dicas semula.
Skip to content