Skip to main content
News

Sains, Teknologi dan Inovasi Tunjang Kemajuan Ekonomi Negara

By 2014-10-18#!31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800p1731#31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800p3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +08000130112pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800p1731#/31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 15:01:17 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

UKK_5810

PEKAN PAHANG, 18 Oktober 2014 – Dunia telah membuktikan bahawa penguasaan sains, teknologi dan inovasi di kalangan rakyat dalam sesebuah negara adalah menjadi satu tunjang dan tandaaras kepada kemajuan ekonomi negara.

Dalam ucapan YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang dibacakan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa Majlis Perasmian Karnival Pendidikan ‘Kreatviti & Science4U’, menyatakan bahawa, ketiga-tiga komponen iaitu sains, teknologi dan inovasi adalah satu gabungan dinamik yang perlu diterokai dan direalisasikan dalam pembentukan sesebuah negara maju.

Tambah beliau lagi, kenyataan ini selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri kita semasa ucapan belanjawan pada 10 Oktober yang lalu bahawa perancangan dan instrumen ekonomi perlu disesuaikan mengikut musim dan peradaran masa serta tuntutan domestik dan global. Justeru untuk terus kekal relevan, Malaysia sewajibnya bergerak dengan ekonomi berasaskan pengetahuan,kemahiran tinggi, keperluan kreativiti dan inovasi.

Maka dengan itulah untuk membudaya dan menyemarakkan kesedaran sains, teknologi dan inovasi (STI) di kalangan rakyat Malaysia, MOSTI telah menganjurkan pelbagai program STI dan di antaranya adalah Karnival Kreativiti & Science4U. Kali ini program dilaksanakan di Dataran Pekan, Pahang bersempena dengan Karnival Pendidikan Pekan, Pahang.

Antara acara utama yang berlangsung sepanjang dua (2) hari program adalah Flag-off Konvoi ‘Jejak Inovasi’ Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang akan menjejaki ciptaan/inovasi anak tempatan (di peringkat grassroot) pameran produk/perkhidmatan sains, teknologi dan inovasi oleh jabatan/agensi MOSTI, pertandingan robotik, solar boat dan solar car, demonstrasi pelancaran roket air dan ceramah-ceramah mengenai forensik dan cyber safe.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI YBrs. Dr Zulkifli Mohamed Hashim, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, dan Pegawai Daerah Pekan YBrs. Encik Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang.